Kredit to http://www.zaharuddin.net/
Saturday, December 18, 2010
Doa Elak Cabul dan Rogol
Kredit to http://www.zaharuddin.net/
Wednesday, December 8, 2010
MeMbeR 5P SMKSM '95
Dr kiri : ANISAH, NOOR AZURAH, NAILA, Aku ler, FARIDAH
Bwh dr kiri : NORZANA, SUHAILI, NOR AZLINA, SITI SALHA, ROSNAINA
Jejak Kasih kat ANISAH....NAILA.....SITI SALHA..... mana korang ek?
Monday, November 29, 2010
TAHUKAH ANDA?
1. Apakah Khasiat PISANG?
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang juga memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
2. Apakah yang terkandung di dalam KOPI?
Biji kopi mengandungi bahan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas.
Saturday, November 20, 2010
Hari Keluarga yang BeSt!
Acara Ke-2: Lari dalam guni. Untuk ibu2 jek. Dapat tempat ke-4. Nak tau pemenangnya sape....tu yg pakai tudung hitam. No 2 dari kanan... Kecik comel je Kak Manis ni...tapi lari mak aiii...laju betul.
Acara ke-3 : Untuk kanak-kanak sekolah bawah 12 th. Tak menang... Takpe yg penting masuk pertandingan... Afiq kata tak pandai tiup...taku meletupla....tapi boleh juga akhirnya...Tahniah untuk anak mama..... Afiq.
Ni bukan untuk adikla...tapi tetap semangat nak tiup ngan pecahkan belon. Takpela...nak mencuba. Acara untuk adik...kutip gula2. Mama dah ajar adik macam mane nak kutip ngan simpan gula2 tu. Boleh tahan....dapat byk juga. Org lain tak aci...tolong kutip utk anak2. adik usaha sendiri... Cayalah anak mama... Zahin
Ni acara terakhir...Istana Pasir. Tak wat persediaan ape pun. Pinjam jiran2 sebelah. Dapt no,bor berapa ntah...sagu hati. OK....good try!
Sebelum balik....mestilah acara bergambar2. Ni kawan2 sekolah. Mana yg sempat je amik gambar sama2. Ade tu dah balik awal lagi...ade keje lain.
Yeeahhh......nak balik. Bilala leh dtg sini lagi. Best sangat!.
Dah nak balik singgah jap kat Bandar Mersing.... Tengok pulau tioman dari jauh je....macam best je kalau dapat pegi sana kan.. pergi dengan keluarga kak Manis.
Saturday, October 30, 2010
Ceria di hari raya...
Ni kat umah mak. Kat Kg Air Putih. Ramai yg takde...maklumla masing2 dah ade anak menantu....ade cucu. Diorg raya rumah masing2 ler. Kalau ade semua... mau tak muat masuk dlm gambar ni... Alhamdulillah...dapat lagi beraya ngan sedara tahun ni. Tahun depan belum tentu... Mudah2an dapat lagi beraya bersama.
Post cute dari kami....Tema kuning oren. Seronoknya beraya...Rasanya lagi best raya bila dah dewasa ni.... dulu mungkin hidup tak mcm sekarang... ade senang sikitla. Alhamdulillah. Kesenangan dikongsi bersama keluarga.
Thursday, October 21, 2010
Kerja Hujung Tahun....
Tuesday, September 7, 2010
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Tuesday, August 31, 2010
Raya yang Best!
Sekarang ni best jugak....
Dulu....time raya walau baju raya sepasang je...dah cukup dah...tp nape sekarang mcm tak best je kalau sepasang....hehee...dulu tak pandai mintak mak baju sebab dulu nak cari duit susah...skrg bila dah kerja ni...alhamdulillah....
Dulu....tak main pun bunga api...skrg ni...tumpang sekaki ngan anak-anak....best rupanya main bunga api ni...mercun tak mooo....takut! Paling best main mercun popla...hahahha...baling je terus meletup..."pop"!!!!
Raya ni nak raya mane ye...Pagoh ke Batu Pahat?....
Thursday, August 26, 2010
Nuzul Quran & Lailatul Qadar
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.
Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan. (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Thursday, August 12, 2010
Fadhilat Bulan Ramadhan
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Thursday, July 29, 2010
Saturday, July 24, 2010
Keriangan.....
Waktu menjadi kanak-kanak adalah waktu yg paling besttt.... Teringat dulu masa jadi budak2....tak pikir ape-ape pun....tau ade makan ngan minum, kalau raya, ade baju raya kasut raya.....
Sekarang kene fikir pulak untuk keluarga...agaknya mak ngan bapak dulu macam aku jugak kot ek...fikir macam mane nak beri keselesaan ngan kesenangan utk anak-anaknya....
Wednesday, July 14, 2010
Kampus OUM, KL
Saturday, July 3, 2010
Photo Studio
Thursday, June 24, 2010
My Family's
My beloved husband, Saifulbahri b. Hj Ali. ....Thanks for your concern...TQ for your supportive.... and TQ for everything....
Mak.... Bapak.... Afiq ngan Zahin... family yang memeriahkan majlis konvokesyen aku. Tercapai jugak hajat aku masuk U ngan pakai topi ni. Mak kata belum terlambat....yg penting dapat jugak akhirnya.
mY bEsT fRIENdS...!
Ni Kak Norha... Kawan yang selalu tolong masa wat tugasan.... kawan yang sama2 susah ngan sama2 senangla kiranya. Ini pelajar cemerlang tau.... Aku takde nasib nak cemerlang.... tula malas belajar...tp aku bab baca2 ni memang out...kalau kira pulak selalu je cuai...mane la nak dpt markah penuh. Betul tak?... Kepujian ok jugakla kann.... Tapi hubby aku cakap aku CEMERLANG.... hahahahaha (ayat nak pujuk hati la tu....)
Ni pulak geng masa belajar kat UTHM/OUM. Semua mak org tau.
Dari tepi kiri : Noraishah, Kak Norliza Azrim, Kak Samahiah, Kak Noraini@Noni, Aku and Kak Norha.
Dapat jugak bergambar berenam...kitaorg memang berhajat nak gambar sama2 tak kira walau ape pun yg terjadi.... cewah....
Terima kasih kekawan.... semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. Walaupun jarang call atau sms...tak bermakna aku lupakan korang...OK!.
Kalau ade free...kita leh wat reunion di Batu Pahat....6 org je...kalau nak ajak yg dekat2 pun boleh jugak. Husb ngan anak2 tinggal tau....hahahahah....
Ni masa tengah tunggu nombor giliran. Masa sampai Kampus OUM nombor 4 ratus lebih...dpt giliran 839. Fuh...., penat menunggu beb...nasib baik kekawan ni ade... dok borak je la. Yg lain2 tunggu dlm keta je....org ramai pulak tu sesak, nak duduk pun tak de kerusi. Nasibler...perut pulak lapar, minum air jadikla wat alas perut. Tengok anak kak liza tu....sedapnya minum air.... (^_^).
Ni....depan lobby Hotel Seri Pasifik. Tengah tolong siapkan kak yah ngan kak yati pakai jubah.
Taraaaaa..... dah siap pun. Cantik tak?....Ni mama, ibu, mak yang vouge tau...tapi tetap maintain cun. Hehehehe..... Pas ni kitaorg gi Dewan Merdeka, amik skrol.
My Convocation!
Seronoknyaaaaa konvo aku.......... macam-macam aku rasa, gementar.. happy..... seram sejuk pun ade masa nak ambil skrol drp pro canselor tu. Selama 4 tahun (Januari 2006 ~ Disember 2009), akhirnya berbalas segala penat lelah aku belajar sambil kerja.
Terima kasih mak ngan bapak tolong jagakan zahin ngan afiq masa aku gi kelas....sejak dlm pantang hinggalah dah 4th ni.
Terima kasih juga buat suami yang memahami....menyokong...membantu hantar dan ambik ke kelas di UTHM, Pt. Raja...maklumla tak past bawak keta...hehehehe...
Friday, June 4, 2010
KONVOKESYEN OUM KE-8
Friday, May 7, 2010
My Hobby...edit pictures
Ni gambar kegemaran hero2ku..... sebab ade gambar kereta. Boys ngan keta memang tak leh dipisahkan....pening kepalaku bila diorg main kereta mainan dalam rumah.
Sunday, April 11, 2010
Mee Bandung Muar Best!
Monday, April 5, 2010
Empat Tanda Keimanan
1. Taqwa.
Taqwa adalah menjaga diri dari segala perbuatan dosa dengan melaksanakan segala apa yang diperintah oleh Allah swt dan juga meninggalkan apa yang telah dilarang-Nya.Keimanan seseorang kepada Allah swt belum sempurna jika ia tidak bertaqwa, yakni mewujudkannya dalam bentuk yang nyata dengan beramal shaleh atau berbuat kebaikan kepada orang lain.
2. Malu.
Tanda keimanan yang amat penting dari seseorang yaitu al haya’ atau mempunyai rasa malu. Maksud dari mempunyai rasa malu disini bukan kita merasa malu berbicara di depan orang banyak sehingga merasakan panas dingin jika berbicara di depan umum atau kita merasa malu dengan penampilan yang kurang meyakinkan atau kurang keren di depan teman-teman kita dalam suatu acara. Akan tetapi, rasa malu yang harus kita tanam sebagai orang yang beriman yaitu malu jika kita tidak melakukan perbuatan atau hal-hal yang telah dibenarkan oleh Allah swt dan Rasul-Nya.
3. Syukur.
Tanda keimanan seseorang yang amat penting adaiah selalu bersyukur. Allah swt meng-anugerahkan nikmat yang banyak kepada manusia. Setiap detik dalam kehidupan manusia tidak akan pemah lepas dengan yang namanya nikmat Allah swt.
Ada tiga macam cara kita bersyukur kepada Allah swt:
- Bersyukur dengan hati, yakni mengakui dan menyadari bahwa nikmat yang diperolehnya berasal dari Allah swt.
- Bersyukur dengan lisan, yaitu dengan mengucapkan “Alhamdulillah” yang berarti segala puji bagi Allah.
- Bersyukur dengan perbuatan, seperti melakukan perbuatan yang baik, sesuai dengan tuntutan agama.
4. Sabar.
Yang terakhir atau yang Keempat dari tanda keimanan seseorang yaitu sabar. Sabar berasal dari bahasa Arab yaitu shabara-yashbiru-shabran yang artinya menahan atau mengekang.
Secara istilah sabar yaitu menahan diri dari bersikap, berbicara, dan bertingkah laku yang tidak dibenarkan oleh Allah swt.
Sabar merupakan bagian yang penting dari iman. Dalam hadits yang diriwayatkan oieh Abu Nu’aim, Rasulullah saw bersabda bahwa sabar adalah sebagian dari iman. Kedudukan sabar bagi iman sangat penting, seperti kedudukan hari Arafah dalam ibadah haji.
Friday, April 2, 2010
Wajah-wajah ceria....!
Thursday, April 1, 2010
Kursus Pembinaan Blog
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Akses, SKA
Fasilitator : Pn. Noor Asyikin bt. Ismail
Agenda :
1. Asas-asas pembinaan blog
2. Cara meletakkan widget
3. Cara menukar templates
4. Cara menulis blog