Wednesday, December 14, 2011

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat.

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.
Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.

Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

* Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

* Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

* Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

* Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

* Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

* Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


Kredit to nuriman.wordpress.com

Sunday, November 13, 2011

Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan (2 Nov. 2011)


Jam menunjukkan pukul 8 mlm. Malam ni perasmian Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2011 yg diadakan di KKTM, Ledang, Johor. Nasin baik dekat dengan rumah...kalau tak memang tak bagi ambil bahagian.

Masa ni adik tgh standby tunggu VVIP....kalau tak silap Dato Seri Shapie Apdal....Cikgu suruh senyum....so, senyum jela kan...


Adik suka bergambar...dia suruh mama ambil gambar dia je...ikut jela... Tu semua kawan2 tabika adik...Tabika Kemas Taman Suria

Kanak-kanak Tabika Kemas yg mengambil bahagian sebagai penyambut tetamu/perasmi... Redo je cikgu pakaikan apa....Tak taula dah penat ke belum...sebab dari semalam ada raptai....sambung tgh tadi raptai penuh...mlm baru majlisnya...Kesian....

Kawan2 adik dah sedia....Baju pinjam, topi sendiri...kasut baru beli....heheheh.. Comel tak kira orang?...

Kawan baik adik...Muhd Asyraf Amjad...6th.. adik baru 5th... tahun depan adik takde kawan...kawan dah sek Tahun 1...heheheh

Tetap senyum...walaupun mama dah mula penat tunggu..... Tapi bukan senang nak ambil bahagian peringkat kebangsaan kan... Tahun depan belum tentu...betul tak...

VVIP dah sampai...gambar yg berarak malas nak upload. Ni VVIP dah naik pentas...ptg tadi hujan lebat...semalam pun hujan lebat...so, padang dah mcm sawah padi...becak. Orang ramai lak tu...celah2 org dpt gak amik gambar ni..

Dato Seri tak dtg...dia hantar wakil...kata timbalan menteri, entah...tak kenal, nama pun tak tau...

Pas berarak mengiringi VVIP ke pentas...kena tunggu lagi VVIP masuk dewan makan. Time ni dah tak larat mama nak tunggu la dik. Tapi kerja adik belum selesai. Masa dah menunjukkan pukul 10 lebih tp program kat padang lum selesai lagi. Hujan pulak mcm dah nak turun... Abah dah boring...abg afiq..jln sana sini nasib ada kawan...so, dia tak boring.



Inilah kumpulan Tabika Kemas Taman Suria yang mengambil bahagian. Ada 2 org lagi pegang bendera...tak dapat nak ambil gambarnya... Muka mcm tak penat...tp masuk kereta je terus tidur. Esok tabika cuti... mama, abah keje...abg afiq periksa akhir tahun. Demi anak2 mama, mama sanggup buat apa sahaja. Balik rumah pukul 12 lebih...penat sangat...tapi puas hati sebab adik gembira.









Saturday, October 8, 2011

Hari hari Gembira .....


Gaya sebelum main futsal ..... Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Peringkat Daerah/Zon di KKTM, Ledang. No.7...mcm Becham..hehehheh


Yeaah!!!!! Dapat no. 3. Okla... Adik baru 5th... Kalau ada rezeki, tahun depan main lagi wakil Tabika Suria. OK!


Inilah kumpulan futsal Tabika Taman Suria.... Penat main dari pagi sampai tengah hari... Semua muka letih dan hangus kena panahan matahari...


Wah...bergayanya adik pakai baju melayu tengah hari buta... Ni bukan sesaja nak pakai. Kena pakai sebab nak sambut VIP masa Sambutan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Pagoh. Habis mekap cair masa tu...Baju dah lencun dengan peluh...

Lap peluh kat idung jap...heheheh... Berarak ke dalam dewan. Pasni leh la balik....sebelum balik...makan time...

Bulan November nanti, adik kena pakai baju ni lagi...sambut VIP gak untuk sambutan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Peringkat Kebangsaan di KKTM, Ledang pulak. Bertuah adik...semoga adik terus berjaya di masa hadapan.... Aminnn

Cuti Lama.........

Lamanya tak update blog. Maklumla...kesihatan tak mengizinkan. Semuanya diperam je dlm box. Banyak cerita nak kongsi...tp tak boleh nak share kat sinila wat masa sekarang. Semoga semua tetap sihat di bawah lindunganNya...Aminnn...

Saturday, May 14, 2011

Guru Oh Guru (16 Mei 2011)




JASAMU DIKENANG
(Buat semua guru-guruku SK Tenaga Setia, SMK Seri Medan, Sek Agama Tenaga Setia, Sek Agama Seri Medan dan MPTKL)

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

krdt to Jejari Azhad

Sambutan Maulidur Rasul Tabika Kemas Taman Suria







Tahniah untuk anak mama...Zahin Azri sebab menang pertandingan menghafaz AlFatihah Kategori 5 Tahun. Cayalah....

Nasib baik la dia nak baca...masa aku mula sampai tadika...dia nangis tak mo baca...Aduhaiiiii....pujuk punya pujuk...alhamdulillah. Nasib baik senyum...terus setuju.

Semoga anak mama terus berjaya di masa akan datang dan berjaya dunia akhirat. Begitu juga ngan abg Afiq....jadi anak yang solleh untuk mama dan abah.

Mama bangga dengan anak-anak mama....

Sunday, April 17, 2011

Aktiviti Hari Sabtu 16 April 2011






Semalam ikut hantar anak yg sulung pergi pertandingan Action Song Peringkat Zon Parit Bunga. Bagi sokongan kat anak ngan anak murid SKAla....

Ini adalah pertandingan yg ke-2 dia ikut selepas zaman pra sek dulu. Masa Pra dulu masuk pertandingan Karnival Pra Sekolah... buat mini zoo daripada tanah liat... buat BUAYA... Menang peringkat zon... kalah peringkat daerah.

Ni masuk pertandingan lagi dan alhamdulillah menang tempat pertama dan akan ke peringkat daerah 28hb ni. Hopefully dapat JOHAN lagi la....

So....layan je la gambar2 ni ye....

Lama tak jumpa...


Hai kawan-kawan...

Lama kita tak jumpakan...(bg yg selalu tgk blog aku la)
Maafla buzy sgt....byk perkara yg perlu didahulukan....

Kalau sehari cuma 24jam...rasanya kalau bagi 36 jam pun tetap tak cukup gak....
ntahlah...pengurusan masa kot yg tak betul..

Bila dah habis belajar ni...asyik teringat masa belajar dulu...kawan2 lama....tempat belajar...macam2la...Nape rasa keje tak pernah habis ek?...

Thursday, February 3, 2011

Amalan Ayatul Kursi


Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!

Kredit : OhIslam

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam tahun baru kepada semua rakan yg membaca blog ini. Semoga tahun baru ini memberikan kita lebih banyak rezeki....diberikan kejayaan...dan sepertimana biasa sebagai guru... pastinya kejayaan anak muridnya dinantikan....
Related Posts with Thumbnails