Saturday, December 18, 2010

Doa Elak Cabul dan Rogol

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Kredit to
http://www.zaharuddin.net/

Wednesday, December 8, 2010

MeMbeR 5P SMKSM '95

Weiiii..lama tak jumpa korang. Masa ni kita amik gambar last day kat sekolah pas exam SPM. Kita wat majlis perpisahan kan.....

Dr kiri : ANISAH, NOOR AZURAH, NAILA, Aku ler, FARIDAH
Bwh dr kiri : NORZANA, SUHAILI, NOR AZLINA, SITI SALHA, ROSNAINA

Jejak Kasih kat ANISAH....NAILA.....SITI SALHA..... mana korang ek?

Monday, November 29, 2010

TAHUKAH ANDA?


1. Apakah Khasiat PISANG?

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang juga memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.






2. Apakah yang terkandung di dalam KOPI?

Biji kopi mengandungi bahan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas.

Saturday, November 20, 2010

Hari Keluarga yang BeSt!

Acara pertama : Kasut gergasi... Untuk para bapa. Dapat nombor 2 dalam saringan...ke5 akhirnya... Ntah ape yang si Mernan ni buat... Pak lawak dia ni.

Acara Ke-2: Lari dalam guni. Untuk ibu2 jek. Dapat tempat ke-4. Nak tau pemenangnya sape....tu yg pakai tudung hitam. No 2 dari kanan... Kecik comel je Kak Manis ni...tapi lari mak aiii...laju betul.


Acara ke-3 : Untuk kanak-kanak sekolah bawah 12 th. Tak menang... Takpe yg penting masuk pertandingan... Afiq kata tak pandai tiup...taku meletupla....tapi boleh juga akhirnya...Tahniah untuk anak mama..... Afiq.


Ni bukan untuk adikla...tapi tetap semangat nak tiup ngan pecahkan belon. Takpela...nak mencuba. Acara untuk adik...kutip gula2. Mama dah ajar adik macam mane nak kutip ngan simpan gula2 tu. Boleh tahan....dapat byk juga. Org lain tak aci...tolong kutip utk anak2. adik usaha sendiri... Cayalah anak mama... Zahin

Ni acara terakhir...Istana Pasir. Tak wat persediaan ape pun. Pinjam jiran2 sebelah. Dapt no,bor berapa ntah...sagu hati. OK....good try!

Sebelum balik....mestilah acara bergambar2. Ni kawan2 sekolah. Mana yg sempat je amik gambar sama2. Ade tu dah balik awal lagi...ade keje lain.

Yeeahhh......nak balik. Bilala leh dtg sini lagi. Best sangat!.


Dah nak balik singgah jap kat Bandar Mersing.... Tengok pulau tioman dari jauh je....macam best je kalau dapat pegi sana kan.. pergi dengan keluarga kak Manis.

Saturday, October 30, 2010

Ceria di hari raya...

Raya pertama di rumah mentua...sorang adik je yang takde...Raya di Selangor.... Time ni pas balik dari Solat Raya.... pas minta maaf semua... cepat snap gambar... kalau tak tak sempat. Baju budak2 cepat kotor... ni tengah smart lagi...


Ni kat umah mak. Kat Kg Air Putih. Ramai yg takde...maklumla masing2 dah ade anak menantu....ade cucu. Diorg raya rumah masing2 ler. Kalau ade semua... mau tak muat masuk dlm gambar ni... Alhamdulillah...dapat lagi beraya ngan sedara tahun ni. Tahun depan belum tentu... Mudah2an dapat lagi beraya bersama.


Post cute dari kami....Tema kuning oren. Seronoknya beraya...Rasanya lagi best raya bila dah dewasa ni.... dulu mungkin hidup tak mcm sekarang... ade senang sikitla. Alhamdulillah. Kesenangan dikongsi bersama keluarga.

Thursday, October 21, 2010

Kerja Hujung Tahun....

Salam semua...lama tak update blog. Buzzyyy....dah hujung tahun ni lagi buzzyyyy...tapi tak sabor nak cuti. Nak gi jalan2. Emmm...bestnyer.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Saya ucapkan kepada semua yang melihat blog ini.
Semoga hari raya ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan bersama-sama keluarga tercinta.
Pulang berhari raya tu...berhati-hati di jalan raya.
Related Posts with Thumbnails