Tuesday, October 9, 2012

Panggilah HAJI...

  

Syukur alhamdulillah...akhirnya mak dpt jugak gi Mekah walaupun tanpa bapak. Mak gi dengan Kak Jah ngan Abg Nos. Kalau tak berempat....tapi takdir Allah swt takde sape tau.

Alhamdulillah jugak...hari ahad aritu aku dpt dengar suara ceria mak kat sana.... Aku telefon saje2 je...tiba2 dpt.. Mudah2an segala urusan haji, mak ngan kak jah abg nos dpt laksanakan dengan baik dan lancar.

Tapi aku tetap tak boleh hilangkan rasa terkilan aku. Ntahla...sedih?...Memang SEDIHHHHH sangattt... Hanya Allah swt yg tahu perasaan aku. Masa kat airport ari tu...ntah kenapa aku terbayang2 bapak ada sama. Mungkin sebab keinginan aku yg nak sangat bapak gi Mekah..... setelah 3 tahun usaha ku gagal. Mungkin aku kurang usaha kot...(aku tetap salahkan diri aku...)

Mak pun mesti rasa mcm ape yg aku rasa...(kalaulah pakmu jek ono..- bahasa jawa)... Ya Allah.... tabahkanlah hatiku...hati ibuku...


Wednesday, July 25, 2012

Sepi...

21hb Julai... genaplah sebulan pemergian ayah a.k.a bapak ke rahmatullah. First puasa yg kurasa sungguh sunyi dan sepi. Teringat kembali kerenahnya bersahur....dan berbuka.
Wajib ada roti...sebab lepas makan nasi bapak mesti cicah roti dgn air kopi.
 Duhai emak...tabahkanlah hati mu... Wahai hati....semoga terus tabah.

Mula berbuka puasa, aku berbuka di rumah emak... Tiada siapa dirumah. Aku, anak2 dan hubby je. Adik2 ku berada di rumah mentua masing2. Kakak2ku...semuanya di rumah mereka. Maklumlah anak2 sudah besar. Semuanya berkumpul di rumahlah. Akulah peneman setia mak.

Tak dapat ku gambarkan situasi raya tahun ini. Ceriakah...atau suramkah...? Pastinya kenangan raya tahun sebelum2 ini terbayang diruang mataku. Saat kegembiraan bersama bapak dan mak. Bersalam-salaman...beri duit raya. Wah...seronoknya.

'Di mana kan ku cari ganti...
serupa dengan mu.....' (lagu P. Ramlee)

Tak dapat ku teruskan coretan ini...sebak hati telah menyelubungi diriku....

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA...

Friday, June 29, 2012

Kau Pergi Jua...

   Assalamualaikum rakan-rakan...

Pada 21 Jun 2012 bersamaan 2 Syaaban (Khamis malam Jumaat) pukul 9.15 mlm, ayahanda kesayanganku telah pergi untuk selama-lamanya....Betapa sedihnya hati ini di saat perkhabaran perginya ayahanda ke rahmatullah. Kali terakhir aku bertemu dengannya pada hari ahad. Patutla...aku rasa sayu je nak tinggalkannya pada hari tu.

Pak...(panggilan untuknya),
Kenapa pergi cepat sangat....kan dah janji dgn mak nak pergi haji sama-sama tahun ni...maaf ye pak...aku dah usahan selama 3 tahun biar bapak ngan mak dapat gi haji. Tapi...bila dah dapat tahun ni...bapak gi dulu.

Pak...
Walaupun aku tak dapat jumpa bapak dihujung nyawa...aku puas hati dapat mandikan bapak....suapkan makan dan minum bapak...dapat peluk bapak malam tu...picit-picitkan badan....Ya Allah....beratnya dugaan ini. Aku minta maaf ye pak...

Pak....
Saat org yg datang kata badan bapak masih hangat....aku berdoa agar bapak belum pergi lagi....semua tu tipu...ada keajaiban yang Allah kurniaan kepada kami....aku berlari ke arahmu pak....namun...semuanya sudah tersurat...bapak memang dah takde.....aku reda... Hingga waktu pukul 5 pagi...dada bapak tetap hangat. Ubun2 kepalamu pun masih hangat tp yg lain dah sejuk. Aku percaya tu semua sebab amalan bapak yang rajin baca quran....ajar org baca quran......hinggalah bapak sakit kan. 

Pak.....
Semoga bapak tenang di sana....akan aku selalu kenang segala kenangan manis kita bersama. Betapa ku merindui suaramu dan tingkahmu pak. Sesungguhnya, aku tidak bersedia dengan pemergianmu...namum ku redo dengan ketentuanNya. Aku sayanggggggg Bapak. Al-Fatihah....(Damin bin Hj Gariman).


Kenangan di hari raya mak ngan bapak...Tahun 2010.
 
                                            
Alhamdulillah...dapat jugak aku bawak bapak gi jln2 KL...tengok aku ambil ijazah kat PWTC. (Tak sangka rupanya tarikh konvo aku sama dengan tarikh bapak kembali ke rahmatullah).....Allahuakbar...


                                          
Arwah Atok Damin ngan Wani and Zahin...dah takde lagi yg akan urut2 ...sebut2 Jahin2 kat anak aku lagi.... Banyak kenangan bersamamu pak...


Monday, March 26, 2012

HasiL TanGAnKu...

First time buat kek yg gunakan pengukus... selalu tu bakar jek... Inilah hasilnya untuk anak yang sulung...

HappY BeSDaY AfIQ SyahMI....semoga menjadi anak yang solleh, berjaya didunia dan akhirat...Aminnnnn....

Adik Zahin yang merajuk. Nak potong kek jugak walaupun bukan besday dia...bagi can potong jugak...kalau tak muncungnya panjang boleh sangkut hanger...hehheh

Peace....Afiq said: emmm...sedapnya mama kek ni...TQ mama!....
Hahhaha....my hubby pun cakap sedap. Bila2 boleh buat lagi, wat makan2....
Nak resepi?...Tengok kat bawah ni...

Nama Resepi : Kek Coklat Kukus Moist
Sumber : Kak Noraishal (Kawan kerja)

Bahan-bahan:
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 cawan gula pasir (dikisar)
4 biji telur
2 cawan tepung gandung
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
1 cawan air masak menggelegak

Cara membuatnya:-
1. Susu pekat, minyak masak dan gula dikacau sebati.
2. Kemudian, masukkan 4 biji telur. Kacau hingga sebati.
3. Masukan milo, serbuk koko, tepung, soda bikarbonat, baking powder.
4. Kacau semua bahan hingga sebati.
5. Masukkan air panas menggelegak dlm adunan. kacau sebati.
6. Sebelum tu, loyang digris ngan minyak masak or butter. (bio tak lekat)
7. Masukkan dlm acuan/loyang adunan yang dah sebati tadi.
8. Kukus 45 minit or hingga masak.

Topping coklat:-
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (nak kurangkan sikit pun boleh,
sebab rasanya agak pahit)
1 sudu besar butter/marjerin/minyak masak

Caranya:-
Masak semua bahan atas api hingga sebati
terus tuang atas kek


Selamat mencuba....

Saturday, March 3, 2012

My Beloved Princess... Ainnur Fahima

KASIH ABANG........ Abg2 yg suka sgt dgn kehadiran org baru..... hehe...


1 hari : Di Hospital HPSF sebelum discharge. Muka masih sembab...


Kat kg rumah nenek...


Syoknya tidur...


hari ke 30 : Dah sebulan dah...kejap je...

Wednesday, December 14, 2011

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat.

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.
Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.

Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

* Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

* Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

* Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

* Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

* Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

* Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


Kredit to nuriman.wordpress.com

Sunday, November 13, 2011

Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan (2 Nov. 2011)


Jam menunjukkan pukul 8 mlm. Malam ni perasmian Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2011 yg diadakan di KKTM, Ledang, Johor. Nasin baik dekat dengan rumah...kalau tak memang tak bagi ambil bahagian.

Masa ni adik tgh standby tunggu VVIP....kalau tak silap Dato Seri Shapie Apdal....Cikgu suruh senyum....so, senyum jela kan...


Adik suka bergambar...dia suruh mama ambil gambar dia je...ikut jela... Tu semua kawan2 tabika adik...Tabika Kemas Taman Suria

Kanak-kanak Tabika Kemas yg mengambil bahagian sebagai penyambut tetamu/perasmi... Redo je cikgu pakaikan apa....Tak taula dah penat ke belum...sebab dari semalam ada raptai....sambung tgh tadi raptai penuh...mlm baru majlisnya...Kesian....

Kawan2 adik dah sedia....Baju pinjam, topi sendiri...kasut baru beli....heheheh.. Comel tak kira orang?...

Kawan baik adik...Muhd Asyraf Amjad...6th.. adik baru 5th... tahun depan adik takde kawan...kawan dah sek Tahun 1...heheheh

Tetap senyum...walaupun mama dah mula penat tunggu..... Tapi bukan senang nak ambil bahagian peringkat kebangsaan kan... Tahun depan belum tentu...betul tak...

VVIP dah sampai...gambar yg berarak malas nak upload. Ni VVIP dah naik pentas...ptg tadi hujan lebat...semalam pun hujan lebat...so, padang dah mcm sawah padi...becak. Orang ramai lak tu...celah2 org dpt gak amik gambar ni..

Dato Seri tak dtg...dia hantar wakil...kata timbalan menteri, entah...tak kenal, nama pun tak tau...

Pas berarak mengiringi VVIP ke pentas...kena tunggu lagi VVIP masuk dewan makan. Time ni dah tak larat mama nak tunggu la dik. Tapi kerja adik belum selesai. Masa dah menunjukkan pukul 10 lebih tp program kat padang lum selesai lagi. Hujan pulak mcm dah nak turun... Abah dah boring...abg afiq..jln sana sini nasib ada kawan...so, dia tak boring.



Inilah kumpulan Tabika Kemas Taman Suria yang mengambil bahagian. Ada 2 org lagi pegang bendera...tak dapat nak ambil gambarnya... Muka mcm tak penat...tp masuk kereta je terus tidur. Esok tabika cuti... mama, abah keje...abg afiq periksa akhir tahun. Demi anak2 mama, mama sanggup buat apa sahaja. Balik rumah pukul 12 lebih...penat sangat...tapi puas hati sebab adik gembira.









Related Posts with Thumbnails